Showing posts with label PEDOMAN HIDUP. Show all posts
Showing posts with label PEDOMAN HIDUP. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Thursday, April 1, 2010

63 Petua Amalan Kebahagian Rumah Tangga

  1. Doa Yang Berterusan
  2. Patuh Ajaran Agama
  3. Murah Dengan Pujian
  4. Murah Dengan Khidmat
  5. Murah Dengan Belaian Kasih Sayang
  6. Murah Dengan Sentuhan
  7. Mencari Kebaikan Pasangan
  8. Cari Masa Berkomunikasi, Berbual Atau Bergurau Senda
  9. Cari Kebaikan Dan Pembaikan Diri Daripada Setiap Pertengkaran
  10. Menghormati Had, Sempadan Atau Hal Peribadi Pasangan
  11. Menilai Diri Daripada Perspektif Pasangan
  12. Berfikiran Terbuka - Boleh Tegur - Menegur
  13. Berani Mengambil Risiko Emosi - Tegur/Perubahan/Berpisah Sementara
  14. Menilai Dan Memberi Keutamaan Dalam Kehidupan
  15. Tolak - Ansur
  16. Menghormati Dan Mengambilkira "Gerak Batin" (Intuition) Perempuan
  17. Tidak Mengejar Kebendaan Semata - mata
  18. Sedar Bahawa Perselisihan Kadangkala Tidak Boleh Dielakkan
  19. Mengubah Diri Untuk Merangsang Perubahan Pada Pasangan
  20. Sanggup Berkorban Buat Pasangan
  21. Menghormati Pasangan
  22. Berasa Amat Beruntung (Dan Nyatakan) Mendapat Pasangan Yang Ada
  23. Perhubungan Seksual Yang Sihat Dan Diredai
  24. Menghormati Perbezaan Dalam Diri Pasangan
  25. Sentiasa Bermaafan Sebelum Tidur
  26. Sentiasa Bersangka Baik Terhadap Masa Depan
  27. Meletakkan Hak Kepada Pasangan
  28. Tidak Menjadi Hamba Kepada Pasangan
  29. Berubah Secara Kecil - Kecilan Untuk Meningkatan Kebahagian
  30. Mengawal Marah. Buat Perjanjian
  31. Mencari Penyelesaian Dalam Situasi "Menang - Menang"
  32. Muhasabah Hubungan Untuk Mencari Punca Masalah
  33. Menghormati Sifat Semula Jadi Pasangan
  34. Memahami Peranan "Pasangan"
  35. Hubungan Perasaan Sesama Pasangan
  36. Jangan Simpan Ketidakpuasan, Sedih, Marah Atau Benci Dalam Hati
  37. Bentuk Kod Kasih Sayang Dan Anda Berdua Saja Yang Tahu
  38. Sengaja Merancang Untuk Membaiki Hubungan Suami Isteri
  39. Tujuh Kali Puji Dan Satu Teguran
  40. Sebut I LOVE YOU Sepanjang Masa
  41. Banyakkan Bergurau Dan Bermesra
  42. Sentiasa Berterus Terang
  43. Beri Masa Untuk Perubahan Berlaku - Sabar
  44. Elakkan Berdebat Untuk Mencari Kebenaran
  45. Elakkan Salah Pasangan
  46. Cari Titik Pertemuan
  47. Selesaikan Masalah Hari Ini Pada Hari Ini Juga
  48. Lebih Banyak Memberi Daripada Menerima
  49. Minta Nasihat, Pandangan Atau Maklum Balas Daripada Pasangan
  50. Sentiasa Bersemangat - Bangun Tidur, Pergi Kerja, Balik Kerja Dan Sebagainya
  51. Seimbangan Hubungan Dari Segi :- Mental, Pendidikan Dan Ilmu, Emosi, Fizikal Dan Ekonomi, Sosial Dan Spiritual
  52. Jangan Berjauhan Terlalu Lama (Kecuali Terpaksa)
  53. Tidak Terlalu Mengongkong
  54. Tidak Bertindak Bersendirian
  55. Memberi Peluang Untuk Berbeza :- Pendapat / Pandangan, Hobi, Kegemaran, Makanan, Citarasa, Warna Pilihan Dan Pelbagai
  56. Humor / Lawak Dari Semasa Ke Semasa
  57. Minta Bantuan Untuk Memecahkan Kitaran Negetif
  58. Berwawasan Dan Pandangan Ke Depan (Tidak Terjebak Dengan Masalah Semasa)
  59. Tidak Meminta Yang Bukan - Bukan
  60. Bentuk Undang - Undang Atau Pertuturan Dalam Rumah Tangga
  61. Mencari Kelainan Dan Perubahan Positif
  62. Elakkan Mendera Pasangan Dengan Apa Cara Sekalipun






" Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim............Berkatilah Rumahtanggaku seperti mana Engkau Berkati kehidupan seharianku ini......Amin Ya Rabula'lamin."

LayAnzzz